Penyanyi Bumiputra Rockers, Joey meninggal dunia

Allahyarham Joey BPR ketika membuat persembahan terakhirnya pada program Pesona Malaysia: Laman Santai di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam Jumaat/Foto Istana Budaya

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers (BPR), Johari Mat Rozekhi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Isterinya Zarinah Zainal mengumumkan berita pemergian Joey menerusi hantaran di Facebook.
  • Joey, 63 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.11 pagi.
  • Mula mencipta nama bersama BPR sejak 1985; meninggalkan legasi empat dekad, terkenal melalui Aku Hanya Serangga, Dari Sinar Mata, Seribu Tahun Takkan Mungkin.

Berita duka itu disampaikan isterinya, Zarinah Zainal menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Johari atau lebih dikenali sebagai Joey, berusia 63 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada 8.11 pagi tadi.

“Assalamualaikum w.b.t. Saya, isteri kepada Johari Mat Rozekhi (Joey BPR) ingin memberitahu bahawa Johari telah kembali ke rahmatullah pada 29 Ogos 2026, pukul 8.11 pagi di Hospital Kuala Lumpur sebentar tadi.

“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah,” katanya.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan selepas solat Asar hari ini di Masjid Ukay Perdana sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

Allahyarham mula mencipta nama bersama BPR sejak sekitar 1985 dan meninggalkan legasi lebih empat dekad dalam industri muzik tanah air.

Bersama BPR, Allahyarham dikenali menerusi lagu popular seperti Aku Hanya Serangga, Dari Sinar Mata dan Seribu Tahun Takkan Mungkin yang terus dikenang peminat muzik rock tanah air.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.