P.Arwanz juara Bintang P.Ramlee 2026 Peringkat Zon Selatan

Persiapan lebih rapi bagi memastikan P.Arwanz mampu memberi persembahan terbaik 

MELAKA, 5 September – Lagu ‘Di Pinggiran’ dan ‘Ya Habibi Ali Baba’ membawa tuah kepada Mohd Ridzuan Md Taib atau P.Arwanz yang dinobatkan juara Bintang P.Ramlee 2026 Peringkat Zon Selatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejayaan melayakkan wakil Zon Selatan ke peringkat kebangsaan di Sarawak, Oktober ini.
  • Persiapan diperkemas termasuk pemilihan lagu, persembahan dan elemen lakonan.
  • Lebih banyak latihan akan dilaksana untuk memastikan mutu persembahan terbaik.
  • Penerbit rancang laksanakan 'kelainan' bulan depan bagi sokongan persiapan peserta.

Kejayaan itu melayakkannya mewakili Zon Selatan ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Sarawak, Oktober ini.

“Kini, persiapan lebih rapi dilakukan termasuk dari segi pemilihan lagu, persembahan dan elemen lakonan bagi menghadapi pertandingan berkenaan,”katanya.

Sementara itu, Penerbit Bintang P. Ramlee Zon Selatan, Shofiah Mohamad Sufi berkata, persiapan peserta akan diperkemas bagi memastikan P. Arwanz mampu memberi persembahan terbaik di peringkat kebangsaan.

“Lebih banyak latihan akan dilaksana dan kami sedia melaksanakan ‘kelainan’ bulan depan,”katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.