fb fb fb fb fb

Ringgit diunjur meningkat kepada RM4.55 menjelang akhir tahun - Rakuten Trade

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Mac- Ringgit dijangka mencecah sekitar RM4.55 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini.

Ketua Penyelidik Rakuten Trade, Kenny Yee Shen Pin berkata, unjuran itu didorong pengurangan kadar faedah di AS dan Kesatuan Eropah (EU), selain persekitaran pelaburan dalam negara yang bertambah baik.

"Untuk ringgit kami menjangkakan sekitar RM4.55 menjelang akhir tahun ini berikutan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat dan keseluruhan dolar AS akan lemah, maka mata wang serantau terutamanya ringgit akan memperoleh manfaat daripadanya.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata, kaunter sektor pembinaan, perbankan, telekomunikasi dan semikonduktor dijangka menjadi pilihan pelabur berdasarkan perkembangan semasa ekonomi negara .

Beliau berkata demikian pada tinjauan pasaran suku kedua 2024 Rakuten Trade yang diadakan secara maya.

1303 BZ RAKUTEN RINGGIT
Kenny Yee Shen Pin dan Thong Pak Leng

SITI AISHAH MD ISA