
KUALA LUMPUR, 13 Julai- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- BNM jalankan dua tender repo berbalik konvensional: RM5.5 bilion (7 hari) dan RM100 juta (31 hari).
- Dua tender repo berbalik Islam Murabahah Komoditi Bercagar: RM600 juta (7 hari) dan RM1.0 bilion (31 hari).
- Tender repo berbalik Islam perjanjian jual beli balik RM450 juta (7 hari) dan repo berbalik semalaman RM1.0 bilion.
- Tender semalaman pada 4.00 petang: konvensional sehingga RM45.3 bilion dan Murabahah sehingga RM21.5 bilion.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM38.66 bilion dalam pasaran konvensional dan RM20.36 bilion dalam pasaran wang Islam.
BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik yang terdiri daripada RM5.5 bilion untuk tujuh hari dan RM100 juta untuk 31 hari.
Bank pusat juga akan menjalankan dua tender repo berbalik Islam (Murabahah Komoditi Bercagar) bernilai RM600 juta untuk tujuh hari dan RM1.0 bilion untuk 31 hari.
BNM akan menjalankan tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) bernilai RM450 juta untuk tujuh hari selain tender repo berbalik semalaman bernilai RM1.0 bilion untuk satu hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM45.3 bilion dan RM21.5 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -BERNAMA