fb fb fb fb fb

MyDigital ID tidak dedahkan data peribadi, mudahkan akses perkhidmatan kerajaan dan swasta

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Mohd Mirza Mohamed Noor

KUALA LUMPUR, 13 April - MyDigital ID tidak mendedahkan data peribadi secara terbuka dan meluas.

Sistem itu juga tidak menyimpan data biometrik seperti cap jari dan pengecaman wajah tetapi hanya memudahkan akses ke perkhidmatan kerajaan dan swasta dalam talian.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Mohd Mirza Mohamed Noor berkata pelaksanaan MYDigital ID mematuhi piawaian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Korporat (ESG) dan sistem keselamatan yang termaju.

"Kita tag telefon bimbit dan data peribadi, letakkan set digital ke telefon anda. Jadi satu telefon, satu orang, satu digital ID. Ini logo MyDigital ID, kalau ada anda boleh log masuk guna MyDigital ID, contoh MySejahtera bagi dua pilihan," katanya.

Pendaftaran MyDigital ID ini akan dibuka kepada orang ramai, bulan depan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN