fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Khamis susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yNG menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM29.91 bilion daripada RM30.42 pada sesi pagi manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM19.41 bilion daripada RM18.91 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.

BNM juga menyemak tender semalaman Murabahah daripada RM19.0 bilion kepada RM19.4 bilion.

Pada 4.00 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM29.9 bilion dan tender pasaran wang Murabahah benilai RM19.4 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 7 Ogos. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA