fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Khamis / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Julai - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Khamis berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM41.58 bilion daripada RM38.30 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam menyusut kepada RM22.82 bilion daripada RM23.38 bilion sebelum ini.

Awal hari ini, BNM menjalankan dua tender repo berbalik.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

BNM menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM41.6 bilion daripada RM41.3 bilion.

Pada 4 petang, bank pusat itu menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM41.6 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM22.8 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Setakat 17 Julai, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN