fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Jun- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Minggu ini, bank pusat itu menjalankan operasi setiap hari bagi mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender repo berbalik konvensional dan repo berbalik Islam.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini susut kepada RM42.96 bilion daripada RM47.71 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai naik kepada RM16.28 bilion berbanding RM14.51 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal pada 3.02 peratus setakat 20 Jun.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN