fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Mac- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pada minggu ini, bank pusat itu melakukan operasi harian bagi mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, repo berbalik, qard dan Bil-Bil Islam Antara Bank Bank Negara.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu ini berkurangan kepada RM24.04 bilion daripada RM26.41 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai meningkat kepada RM21.74 bilion daripada RM17.85 bilion minggu lepas.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.99 peratus pada 27 Mac.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN