KUALA LUMPUR, 6 Januari- Institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu ke-11 berturut-turut, dengan pembelian ekuiti domestik bernilai RM304.0 juta ringgit.
Laporan Aliran Dana oleh MIDF Amanah Investment Bank menjelaskan, peruncit tempatan kekal sebagai penjual bersih dengan mencatat penjualan bernilai RM256.9 juta, menandakan minggu kedua jualan secara berterusan.
Bank pelaburan itu juga memaklumkan aliran jualan bersih pelabur asing telah berlanjutan sehingga minggu ke-11 berturut-turut; berjumlah RM427.1 juta pada minggu lepas.
Angka dicatat sepanjang minggu dagangan singkat, berikutan pasaran ditutup pada Rabu lepas bersempena cuti umum tahun baharu.