KIEV, 27 Mac - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy menuntut negara Barat menghantar sebahagian kecil peralatan ketenteraan kepada Kiev dengan kadar segera.
Kelewatan blok Barat berbuat demikian akan menyebabkan lebih ramai warga Ukraine terkorban.
Zelenskiy dengan nada kecewa menyatakan pihaknya memerlukan kereta kebal, pesawat dan sistem pertahanan anti pesawat untuk terus bertahan dengan serangan Rusia.
Beliau turut kecewa apabila pesawat pejuang buatan Moscow di Eropah masih belum dipindahkan ke Ukraine.
Beliau pada masa sama berulang kali menegaskan, Rusia akan berusaha berkembang lebih jauh ke Eropah jika Ukraine tumbang.-REUTERS