fb fb fb fb fb

Vanuatu sekali lagi dilanda gempa bumi kuat magnitud 6.1

FOTO AFP

SYDNEY, 22 Disember- Vanuatu sekali lagi digegarkan gempa bumi kuat apabila gempa bermagnitud 6.1 melanda pesisir pantainya awal pagi tadi, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gempa terletak kira-kira 30 kilometer di barat Port Vila, ibu negara Vanuatu, pada kedalaman 40 kilometer.

Gempa berlaku pada pukul 2.30 pagi waktu tempatan tanpa sebarang amaran tsunami dikeluarkan.

Ia menyusuli kejadian dahsyat pada Selasa lalu apabila gempa bumi bermagnitud 7.3 mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang, meruntuhkan bangunan konkrit, mencetuskan tanah runtuh serta merosakkan bekalan air dan rangkaian komunikasi di ibu kota.

Operasi di pelabuhan utama turut tergendala.

Sebagai langkah tindak balas, Kerajaan Vanuatu mengisytiharkan darurat selama tujuh hari dan melaksanakan perintah berkurung pada waktu malam.

Bagaimanapun, pada Sabtu, penggantungan penerbangan komersial ditarik balik bagi menyokong usaha memulihkan sektor pelancongan negara. -AFP

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA