fb fb fb fb fb

Suspek rempuh pasar Krismas didakwa lima tuduhan membunuh

Suspek, Taleb Jawad Al Abdulmohsen/AFP

MAGDEBURG, 22 Disember- Suspek dalam serangan tragis di pasar Krismas di Jerman yang mengorbankan lima nyawa dan mencederakan 200 orang didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk membunuh, cubaan membunuh dan mencederakan, lapor agensi berita dpa.

Suspek yang dikenali sebagai Taleb A didakwa dengan lima tuduhan membunuh, beberapa tuduhan cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan sehingga parah.

Dia kini berada dalam tahanan pra-perbicaraan, menurut kenyataan polis. Suspek telah dihadapkan ke mahkamah pada malam Sabtu.

Antara mangsa yang terkorban dalam insiden itu ialah seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, kata pihak berkuasa.

Penyiasat percaya suspek bertindak sendirian kerana tiada petunjuk wujudnya rakan subahat berdasarkan siasatan setakat ini.

Taleb A, seorang doktor berusia 50 tahun dari Arab Saudi, masih belum mendedahkan motif serangan.

Bagaimanapun, pendakwa raya berkata bahawa suspek mungkin tidak berpuas hati dengan layanan terhadap pelarian Saudi di Jerman. -BERNAMA-dpa

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA