BEIJING, 22 Disember- China mengkritik bantuan ketenteraan baharu Amerika Syarikat (AS) kepada Taiwan.
Pakej $571 juta yang diberikan AS dianggap melanggar prinsip dan peruntukan komunike (kenyataan atau pengumuman rasmi) antara China dan AS.
China akan mengambil "semua langkah yang perlu" untuk melindungi kedaulatan dan integriti wilayahnya, kata Jurucakap Kementerian Luar China.
Beijing menganggap Taiwan yang ditadbir secara demokratik sebagai wilayah tembok besar itu namun dakwaan yang ditolak kerajaan di Taipei.- REUTERS