BEIJING, 18 Disember - China akan terus berhubung rapat dengan kerajaan Vanuatu dan menyediakan bantuan bencana pada waktu yang tepat, kata Jurucakap Kementerian Luar Negeri China Lin Jian.
"Pasukan bantuan perubatan China di Vanuatu kini giat memberikan rawatan kepada mangsa yang cedera di hospital tempatan," kata Lin Jian semasa sidang media berkala.
Beliau menambah bahawa beberapa syarikat China yang beroperasi di negara pulau tersebut turut membantu usaha bantuan.
Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman darurat oleh pemangku Perdana Menteri Vanuatu Charlot Salwai, pada Selasa, disamping menyeru bantuan antarabangsa.
Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud melanda ibu kota Vanuatu, Port Vila pada Selasa, mengakibatkan sekurang-kurangnya enam orang maut termasuk dua warga negara China.
Lin turut mengesahkan bahawa dua warga China lain antara yang cedera.
"Kami berharap kerajaan dan rakyat Vanuatu dapat mengatasi kesukaran ini dan kembali menjalani kehidupan normal secepat mungkin. Pasukan bantuan perubatan China di Vanuatu sedang giat memberikan rawatan kepada mangsa yang cedera di hospital tempatan. China akan terus berhubung rapat dengan kerajaan Vanuatu dan menyediakan bantuan bencana secara tepat pada masanya,” kata Lin Jian. - REUTERS