fb fb fb fb fb

Ukraine guna roket AS musnahkan jambatan di wilayah Kursk

Foto diambil pada 16 Ogos 2024, semasa lawatan media yang dianjurkan Ukraine, menunjukkan kereta kebal Rusia yang musnah di luar bandar Sudzha Rusia yang dikawal oleh Ukraine, di wilayah Kursk/ AFP

MOSCOW, 17 Ogos- Kementerian Luar Rusia berkata Ukraine telah menggunakan roket Himars buatan Amerika Syarikat (AS) untuk memusnahkan jambatan di atas sungai Seym di wilayah Kursk,yang membunuh sukarelawan yang cuba memindahkan orang awam.

Jurucakap kementerian luar Rusia, Maria Zakharova berkata di aplikasi pemesejan Telegram bahawa ini merupakan kali pertama wilayah Kursk dilanda pelancar roket buatan Barat.

Akibat serangan itu, jambatan di atas Sungai Seym di daerah Glushkovo musnah sepenuhnya, dan sukarelawan yang membantu penduduk awam yang dipindahkan turut terbunuh.

Ketua tentera Ukraine, Oleksandr Syrskyi berkata pada Jumaat bahawa tentera Kiev sedang mara antara satu hingga 3km di beberapa kawasan di wilayah Kursk iaitu 11 hari sejak memulakan pencerobohan ke Rusia.

Kiev mendakwa telah menguasai 82 penempatan di kawasan seluas 1,150 km persegi di wilayah itu sejak 6 Ogos lalu.

Rusia menuduh Barat menyokong dan menggalakkan serangan darat pertama Ukraine di wilayah Rusia dan berkata pencerobohan pengganas Kiev tidak akan mengubah perjalanan perang.

AS tidak membenarkan presiden Rusia, Vladimir Putin memenangi perang yang dilancarkannya pada Februari 2022, setakat ini menganggap pencerobohan mengejut itu sebagai langkah perlindungan yang mewajarkan penggunaan senjata, menurut pegawai di Washington- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI