fb fb fb fb fb

Trump, Putin bincang konflik Rusia-Ukraine di Anchorage

Foto VIORY

AMERIKA SYARIKAT, 15 Ogos - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan Presiden Rusia, Vladimir Putin, mengadakan pertemuan hari ini di Pangkalan Tentera Udara Elmendorf-Richardson, Anchorage, Alaska.

Rundingan itu membabitkan konflik Rusia-Ukraine serta hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Mereka akan memulakan dengan perbincangan satu lawan satu, diikuti rundingan lanjutan bersama lima wakil setiap pihak.

Lawatan Putin menandakan kali pertama beliau ke AS sejak 2015, ketika menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York.

Kedua-dua pemimpin turut beberapa kali bertemu sepanjang penggal pertama Trump sebagai Presiden. – VIORY

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM