MARYLAND, 15 Ogos - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan hari ini bahawa beliau akan menetapkan tarif ke atas import keluli dan cip semikonduktor dalam beberapa minggu akan datang.
Trump berkata kepada wartawan di atas pesawat Air Force One semasa dalam perjalanan ke pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Alaska, bahawa kadar tarif akan rendah pada awalnya bagi memberi peluang kepada syarikat membangunkan pengeluaran domestik di AS.
Kadar itu dijangka meningkat selepas tempoh tertentu, mengikut corak yang sama seperti tarif ke atas produk farmaseutikal.
Trump yakin syarikat akan memilih untuk mengeluarkan produk di AS daripada menghadapi tarif tinggi. –REUTERS