fb fb fb fb fb

Krisis kebuluran Gaza semakin serius

Foto REUTERS

GAZA, 15 Ogos - Puluhan penduduk Palestin berhimpun di dapur sementara di Gaza hari ini, sambil memegang periuk kosong dengan harapan mendapat sebahagian beras susulan kekurangan makanan.

Lebih 22 bulan selepas operasi ketenteraan Israel di Gaza, penduduk terus bergelut dengan krisis kebuluran yang semakin serius.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, empat lagi individu meninggal dunia akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan dalam tempoh 24 jam setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 239, termasuk 106 kanak-kanak, sejak konflik Israel-Hamas tercetus pada 7 Oktober 2023.

Serangan berterusan Israel sejak itu telah mengorbankan lebih 61,000 penduduk Palestin, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM