fb fb fb fb fb

Lapor pertemuan Trump-Putin, wartawan Rusia tiba di Anchorage

Foto VIORY

ALASKA, 15 Ogos - Wartawan Rusia tiba di Anchorage, Alaska pada Jumaat bagi melaporkan pertemuan antara Presiden Vladimir Putin dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, yang dijadual berlangsung pada hari ini.

Rakaman menunjukkan wakil media menuruni pesawat dan menaiki bas untuk ke lokasi pertemuan.

Pertemuan berprofil tinggi itu diadakan di Anchorage, dengan agenda membincangkan konflik Ukraine serta kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Pertukaran diplomatik antara Moscow dan Washington disambung semula sejak Februari, termasuk beberapa panggilan telefon dan pertemuan delegasi.

Dalam pada itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menegaskan bahawa keputusan mengenai konflik Rusia-Ukraine yang dibuat tanpa penyertaan Kiev tidak akan membuahkan hasil. -VIORY

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM