fb fb fb fb fb

Tragedi letupan Pasar Raya Waldo's: Gabenor mahu siasatan telus

Letupan di pasar raya Waldo’s, Hermosillo, Mexico ragut sekurang-kurangnya 23 nyawa termasuk kanak-kanak

MEXICO CITY, 2 November – Gabenor negeri Sonora, Alfonso Durazo Montano, menegaskan siasatan menyeluruh dan telus akan dijalankan bagi mengenal pasti punca letupan di pasar raya Waldo’s di bandar Hermosillo, utara Mexico, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 23 orang dan mencederakan 11 yang lain pada Sabtu.

Durazo dalam kenyataan rasmi di laman media sosialnya menzahirkan rasa sedih mendalam atas tragedi tersebut dan menegaskan kerajaan negeri akan memberikan bantuan menyeluruh kepada semua keluarga mangsa, termasuk sokongan perubatan, psikologi dan sosial.

“Kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera, saya menyampaikan sokongan dan solidariti yang paling tulus. Tiada siapa akan menghadapi kesedihan ini sendirian,” katanya.

Beliau berkata, semua mangsa yang cedera kini menerima rawatan di beberapa hospital di Hermosillo dan mengesahkan terdapat kanak-kanak antara mangsa yang terkorban.

Durazo turut memuji tindakan pantas pasukan kecemasan, keselamatan dan kesihatan yang bertindak dengan profesionalisme dalam mengawal keadaan serta menyelamatkan nyawa.

Katanya, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa keselamatan dan kebajikan rakyat Sonora kekal menjadi keutamaan utama pentadbiran beliau.

Letupan yang berlaku di kawasan Centro bandar Hermosillo itu turut menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan pasar raya berkenaan dan menutup kawasan sekitar bagi tujuan siasatan. - VIORY

 

BERITA BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN