ROME, 2 November – Lima pendaki warga Jerman maut selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan salji (avalanche) di Pergunungan Alps Itali, berhampiran perkampungan Solda, pada Sabtu.
Menurut pihak berkuasa tempatan, kumpulan pendaki itu memulakan pendakian ke puncak Cima Vertana di Banjaran Ortler sebelum runtuhan salji melanda ketika mereka menghampiri kawasan puncak.
Kejadian itu mengheret dua kumpulan pendaki berasingan yang diikat dengan tali ke dalam aliran salji dan ais tebal.
Mayat dua lelaki dan seorang wanita ditemui pada hari kejadian, manakala dua lagi mangsa, seorang bapa dan anak perempuannya berusia 17 tahun, ditemukan pada Ahad.
Dua pendaki lain berjaya menyelamatkan diri tanpa kecederaan.
Banjaran Ortler, yang terletak berhampiran sempadan Switzerland, merupakan destinasi popular dalam kalangan pendaki berpengalaman di Eropah. - REUTERS