fb fb fb fb fb

Parlimen Djibouti lulus pindaan hapus had umur presiden

Presiden Ismail Omar Guelleh pemimpin paling lama berkhidmat di benua Afrika/Foto Facebook Ismail Omar Guelleh

ADDIS ABABA, 2 November – Parlimen Djibouti meluluskan pindaan perlembagaan bagi menghapuskan had umur bagi jawatan presiden, sekali gus membuka laluan kepada Presiden Ismail Omar Guelleh untuk bertanding bagi penggal keenam.

Perkara itu disahkan oleh Speaker Parlimen, Dileita Mohamed Dileita, selepas keputusan diluluskan sebulat suara pada Ahad.

“Dewan Negara hari ini meratifikasi penghapusan had umur, dan ia kini rasmi,” katanya kepada AFP.

Guelleh, 77, memimpin negara di Tanduk Afrika itu sejak tahun 1999 dan merupakan antara pemimpin paling lama berkhidmat di benua Afrika. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN