fb fb fb fb fb

Tapak masjid ditemukan, dianggar berusia lebih 1,200 tahun

(FOTO AFP)

RAHAT, 24 Jun - Sebuah tapak masjid purba dianggar berusia lebih 1,200 tahun ditemukan di Bandar Badwi, Rahat yang kini diduduki Israel.

Ia menjadi bukti kepada peralihan anutan agama di Asia Barat daripada Kristian kepada Islam.

Tapak masjid di kawasan padang pasir itu ditemui ketika pelaksanaan kerja pembangunan kawasan perumahan.

(FOTO AFP)

Pihak antikuiti mendapati, tapak itu merupakan sebuah kawasan berbentuk petak dan dindingnya pula dikesan menghadap kiblat.

Pelan dan susun atur berkenaan selari dengan bukti bahawa ia merupakan sebuah masjid.

Tidak jauh dari lokasi itu, tapak sebuah bangunan mewah turut ditemukan. Turut dijumpai, beberapa artifak seperti pinggan mangkuk kaca mahal yang menunjukkan status sosial penghuninya.

Tiga tahun lalu, tapak sebuah masjid purba turut ditemukan tidak jauh dari kawasan tersebut.-AFP

Media Baharu