fb fb fb fb fb

Singa laut pulih daripada 'jerutan' plastik dilepaskan semula ke habitat asal

(Singa laut yang pulih dari kecederaan dilepaskan semula ke laut/Reuters)

PUNTA MEDANOS, 27 Julai- Seekor singa laut dilepaskan semula ke habitat asal di lautan Argentina selepas pulih daripada kecederaan leher disebabkan pembungkus plastik.

Pakar dari Fundacion Mundo Marino membawa haiwan terbabit ke kemudahan mereka selepas menyelamatkannya pada 1 Julai lalu di pantai sini.

Ketika ditemui, mamalia berusia muda itu turut mengalami anemia dan kurang berat badan serta menjalani proses pemulihan selama 25 hari yang berakhir pada Selasa lalu.

“Perkara pertama yang kami lakukan ialah memeriksa kesihatan amnya. Kami mengambil sampel darah dan air kencing.

"Kami telah menjalankan beberapa pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatannya.

"Kami melihat ia kurang berat badan, mengalami anemia dan kecederaan di lehernya dijangkiti kuman," kata Juan Pablo Loureiro, veterinar dan pengarah Fundacion Mundo Marino.

Semalam, haiwan terbabit dilepaskan ke habitatnya bersama seekor lagi singa laut yang diselamatkan pada April lalu. -Reuters

(Foto Reuters)

Media Baharu