fb fb fb fb fb

Serangan Israel di Lubnan ragut tiga nyawa

Foto Hiasan

BEIRUT, 27 Mac- Tiga orang terkorban akibat serangan Israel di selatan Lubnan pada Khamis.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kesihatan Lubnan menerusi kenyataan.

"Serangan musuh Israel ke atas sebuah kereta di Yohmor al-Shaqeef mengakibatkan kematian tiga orang," menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

Terdahulu, NNA melaporkan bahawa sebuah dron Israel telah menyasarkan sebuah kenderaan berhampiran bandar tersebut, dalam serangan yang berlaku secara serentak dengan tembakan meriam.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM