fb fb fb fb fb

Seoul pertimbang naikkan tambang kereta api bawah tanah bermula Julai

Foto hiasan

SEOUL, 8 Januari- Kerajaan bandar raya Seoul sedang mempertimbangkan untuk menaikkan kadar tambang kereta api bawah tanah sebanyak 150 won (RM0.53) bermula Julai.

Kenaikan itu sejajar dengan pelancaran rasmi pas transit bulanan, termasuk "Kad Iklim" susulan program perintis yang dilaksanakan dari 27 Jan hingga 30 Jun, kata pegawai metropolitan Seoul pada Isnin.

Buat masa ini pengguna dikenakan kadar tambang sebanyak 1,400 won (RM4.95), lapor Agensi Berita Yonhap.

Pada awalnya bandar itu merancang untuk menaikkan kadar tambang sebanyak 300 won pada Ogos tahun lalu tetapi hanya menaikkannya sebanyak 150 won pada Oktober bagi mengelak kenaikan kos sara hidup yang membebankan rakyat.

Perbincangan sedang diadakan dengan kerajaan wilayah Gyeonggi dan Incheon untuk menentukan tarikh bagi menguatkuasakan kenaikan tambang itu.- BERNAMA-YONHAP

 

ROSLINA BINTI DIN