MOSCOW, 2 September- Tentera Ukraine membedil wilayah selatan Rusia, Belgorod pada Ahad, membunuh seorang dan mencederakan puluhan lain termasuk dua kanak-kanak, kata gabenor wilayah,Vyacheslav Gladkov.
Gladkov, menulis di aplikasi pemesejan Telegram berkata seorang maut di kampung Shagarovka berhampiran sempadan Ukraine.
Tiga orang cedera di Shebekino, yang terletak di sempadan, dan Gladkov melaporkan serangan ke atas sekurang-kurangnya satu kampung lain.
Dalam tembakan awal hari itu, 11 orang cedera, termasuk dua kanak-kanak lelaki yang menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan serius, seorang dengan luka parah di kedua-dua kaki.
Pakar perubatan sedang mempertimbangkan untuk menghantar mereka ke Moscow untuk rawatan lanjut.
Gladkov berkata, penduduk memberikan pertolongan cemas sebelum pasukan perubatan tiba untuk melindungi yang cedera daripada serpihan terjatuh.
Serangan itu merosakkan 22 pangsapuri dan lapan rumah persendirian serta lebih 20 kenderaan, katanya.
Reuters tidak dapat mengesahkan secara terperinci dan pegawai Ukraine tidak membuat sebarang komen.
Tentera Ukraine telah lama menguasai bandar Belgorod dan daerah-daerah berdekatan dengan tembakan dan serangan lain.
Tentera Ukraine melancarkan pencerobohan ke wilayah Kursk yang bersebelahan pada bulan lalu dan pegawai kanan berkata tentera mereka telah menduduki berpuluh-puluh penempatan.- REUTERS