BAITULMAQDIS, 6 Mac- Seorang remaja lelaki maut ditembak selepas menikam seorang pegawai polis Israel di Kota Lama Baitulmaqdis, pada pagi Ahad.
Polis Israel dalam kenyataan memaklumkan, remaja berusia 19 tahun itu mendekati beberapa pegawai yang ditugaskan di Pintu Bab Huta di Kota Lama Baitulmaqdis, sebelum mengeluarkan pisau sebelum bertindak menikam mereka.
Remaja terbabit kemudiannya ditembak sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
(Serangan menyasarkan pasukan keselamatan Israel perkara biasa di Kota Lama dan Tebing Barat diduduki -AFP)
Seorang lagi pegawai polis turut cedera dalam kejadian itu dan kedua-dua mereka dibawa untuk mendapatkan rawatan.
Kota Lama terletak di bahagian timur Baitulmaqdis yang didakwa rakyat Palestin sebagai ibu kota negara mereka
Serangan individu menggunakan pisau menyasarkan pasukan keselamatan Israel adalah perkara biasa di Kota Lama dan Tebing Barat. -AFP