fb fb fb fb fb

Sembilan rakyat Palestin maut dalam serangan terbaharu Israel

Foto WAFA

GAZA,19 Disember- Sekurangnya-kurangnya sembilan rakyat Palestin terkorban dalam serangan terbaharu Israel yang menyasarkan wilayah tengah dan selatan Gaza.

Memetik Agensi Berita Palestin (WAFA), menurut sumber, kebanyakan mangsa terkorban adalah kanak-kanak.

Jelasnya, pesawat Israel telah menyerang dua rumah di kem pelarian Nuseirat dan bandar Deir al-Balah di tengah Gaza.

Serangan udara Israel turut menyasarkan bangunan kediaman di Rafah yang mengorbankan beberapa orang awam.

Serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober lalu itu mengorbankan lebih 19,000 rakyat Palestin dan menyebabkan lebih 52,000 yang lain cedera.

Lebih 70 peratus mangsa terkorban terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:
Majlis Keselamatan tangguhkan undian gencatan senjata baharu Gaza kepada hari Selasa
Malaysia kecam serangan Israel ke atas Hospital Kamal Adwan di Gaza
WHO mengutuk 'kemusnahan' hospital Gaza
Bantuan kemanusiaan, makanan memasuki Gaza melalui Kerem Shalom
Diplomat tertinggi Perancis gesa gencatan senjata di Gaza
Hospital Al-Shifa Gaza 'mandi darah'
Israel bom utara dan selatan Gaza, ramai penduduk terkorban

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM