fb fb fb fb fb

'Save the Children' kecam pembunuhan bayi di Gaza

Bangunan musnah akibat serangan tentera Israel di Gaza/Foto AFP

GAZA, 18 September - 'Save the Children' mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan rejim Zionis terhadap 710 bayi baru lahir di Gaza.

Memetik laporan Agensi Berita Palestin (WAFA), pertubuhan kemanusiaan itu menegaskan, tiada ibu bapa yang perlu melalui keperitan dan kesedihan kerana kehilangan anak mereka.

"Sehubungan itu, kami tidak boleh menerima keganasan yang terus dihadapi oleh kanak-kanak Palestin sepanjang masa," menurut kenyataan itu di platform X.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Gaza menerbitkan senarai yang menunjukkan tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 710 bayi baru lahir dalam serangannya di Gaza.

BERITA BERKAITAN:

Trainee