fb fb fb fb fb

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik

Foto AFP

SEOUL, 18 September- Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat, awal pagi ini.

Ketua Turus Bersama, (JCS) Korea Selatan memaklumkan, ini merupakan kali kedua Pyongyang berbuat demikian dalam tempoh seminggu.

Beliau berkata peluru berpandu itu dilancarkan ke arah perairan timur laut, pukul 6:50 pagi, waktu tempatan.

"Tentera kami akan memperkukuh pengawasan dan berwaspada bagi persediaan pelancaran tambahan serta berkongsi maklumat dengan Tokyo dan Amerika Syarikat (AS) " katanya.

Tokyo turut mengesahkan pelancaran itu. Pengawal pantai Jepun mendakwa Korea Utara melancarkan satu lagi peluru berpandu balistik.

"Kapal-kapal sila beri perhatian kepada maklumat yang akan datang dan jika anda ternampak objek yang terjatuh tolong jangan dekat, tetapi laporkan kepada pengawal pantai," katanya dalam satu kenyataan.

Khamis lalu, Korea Utara melancarkan pelbagai peluru berpandu balistik jarak dekat ke perairan timur semenanjung Korea, iaitu ujian senjata utama pertama negara bersenjata nuklear itu sejak awal Julai.

Media negara Korea Utara mendakwa bahawa ia adalah ujian pelancar roket berbilang jenis 600mm baharu yang diawasi oleh Kim.-AFP

ROSLINA BINTI DIN