GAZA, 15 September- Sekurang-kurangnya 41,206 penduduk Gaza terkorban dalam konflik Israel-Hamas yang bermula sejak Oktober tahun lalu.
Kementerian Kesihatan Gaza menerusi kenyataan memaklumkan, jumlah berkenaan termasuk 24 kematian yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Serangan berterusan Israel terhadap Gaza juga menyebabkan 95,337 orang lagi mengalami kecederaan.
Sementara itu, di Lubnan, seramai 623 orang terkorban dalam konflik rentas sempadan melibatkan Israel dan pejuang Hizbullah. Majoriti yang terkorban adalah pejuang dan 142 daripadanya adalah orang awam, menurut pengiraan AFP.
Konflik Israel-Hamas sejak Oktober tahun lalu, telah mencetuskan peperangan di Gaza dan pada masa yang sama meningkatnya konflik antara pejuang Hizbullah dan Israel di sempadan Lubnan.-AFP