fb fb fb fb fb

6 juta kanak-kanak terjejas akibat Taufan Yagi

Kemusnahan akibat Taufan Yagi/Foto AFP

BANGKOK, 18 September - Hampir enam juta kanak-kanak di Asia Tenggara terjejas akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh Taufan Yagi.

Menurut Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Timur dan Pasifik, June Kunugi, jumlah kematian akibat bencana itu juga meningkat dengan akses kepada bekalan air bersih, pendidikan, penjagaan kesihatan, makanan dan tempat tinggal semuanya terjejas.

"Kanak-kanak dan keluarga adalah antara yang paling terjejas menghadapi kemusnahan paling dahsyat disebabkan Taufan Yagi," katanya menerusi kenyataan.

Taufan Yagi membawa angin kencang dan hujan lebat melanda Vietnam, Thailand, Laos dan Myanmar, sejak dua minggu lalu.

Semalam, Thailand melaporkan tiga lagi kematian, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 18, manakala jumlah kematian yang disahkan di empat negara berkenaan adalah 537 orang.

ARTIKEL BERKAITAN: 

Trainee