fb fb fb fb fb

Taufan Yagi: Vietnam kerugian AS$1.6 bilion

Foto Fail: REUTERS

HANOI, 16 September- Vietnam mengalami kerugian sebanyak AS$1.6 bilion akibat Taufan Yagi yang melanda negara itu, kata media kerajaan hari ini, ketika Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Taufan Yagi membadai Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand dengan angin kencang dan hujan lebat sejak seminggu lalu, mencetuskan banjir dan tanah runtuh yang mengorbankan lebih 400 orang, menurut angka rasmi.

Ia merentasi delta Sungai Merah yang berpenduduk padat di Vietnam yang merosakkan kilang dan infrastruktur serta membanjiri tanah ladang.

Taufan itu menyebabkan anggaran kira-kira 40 trilion dong (AS$1.6 bilion) kerugian, lapor media kerajaan, memetik penilaian awal kerajaan.

Menurut pihak berkuasa, jumlah kematian di Vietnam akibat bencana itu seramai 292, dengan 38 hilang, lebih 230,000 rumah rosak dan 280,000 hektar tanaman musnah.

Di Myanmar, dilaporkan seramai 113 maut dan lebih 320,000 orang telah dipaksa meninggalkan rumah mereka ke kem bantuan sementara.

"Taufan Yagi telah menjejaskan kebanyakan negara dan menyebabkan banjir terburuk yang pernah kita lihat dalam sejarah Myanmar baru-baru ini.

"Butiran tepat mengenai kesan terhadap pertanian masih belum jelas, katanya.

"Tetapi saya boleh mengatakan dengan pasti ia memberi kesan terhadap keselamatan makanan negara,"kata Sheela Matthew, wakil WFP di Myanmar.

Banjir teruk melanda Myanmar pada 2011 dan 2015, dengan lebih 100 kematian dilaporkan pada kedua-dua kejadian, manakala pada 2008 Taufan Nargis menyebabkan lebih 138,000 orang mati atau hilang.
-AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI