fb fb fb fb fb

Populasi warga emas Jepun mencecah rekod tertinggi

Foto Hiasan: AFP

TOKYO, 16 September- Bilangan penduduk Jepun berumur 65 tahun ke atas mencecah rekod tertinggi 36.25 juta orang tahun ini, ketika negara itu dihuni golongan warga emas paling ramai di dunia yang jumlahnya kian meningkat.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi,warga tua kini menyumbang 29.3 peratus daripada jumlah penduduk Jepun yang menjadi kadar tertinggi baharu.

Kementerian itu berkata kadar penduduk warga emas meletakkan Jepun di bahagian teratas senarai 200 negara dan wilayah dengan populasi lebih 100,000 orang.

Sementara itu Itali, Portugal, Greece, Finland, Jerman dan Croatia mewakili Eropah dalam 10 teratas, dengan kadar warga tua lebih 20 peratus manakala Korea Selatan berada pada 19.3 peratus dan China 14.7 peratus.

Jepun menghadapi krisis penduduk yang semakin memburuk, kerana populasi warga emas yang semakin meningkat membawa kepada kos perubatan dan kebajikan yang melambung dengan tenaga buruh yang semakin berkurangan untuk membayar mereka.

Penduduk keseluruhan negara menyusut sebanyak 595,000 orang kepada 124 juta, menurut data kerajaan sebelum ini.

Data itu juga menunjukkan bahawa 9.14 juta warga emas telah bekerja pada 2023 dan ia dianggap juga sebagai satu rekod.

Mereka mewakili 13.5 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja atau nisbah seorang pekerja dalam tujuh.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI