fb fb fb fb fb

Putera Mahkota Saudi tegaskan keperluan hentikan operasi ketenteraan di Gaza

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman Al Saud/REUTERS

AL-ULA, 8 Januari- Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman Al Saud menekankan kepentingan menghentikan operasi ketenteraan di Gaza.

Memetik laporan agensi berita Palestin, WAFA, baginda menggesa usaha yang lebih intensif untuk menangani krisis kemanusiaan di negara bergolak tersebut.

Pertemuan antara Baginda dengan Setiausaha Negara AS Antony Blinken di Al-Ula membincangkan kepentingan untuk terus mewujudkan syarat yang diperlukan untuk mengembalikan kestabilan dan meletakkan proses damai dalam usaha untuk menjamin rakyat Palestin mendapat hak mereka yang sah, selain mencapai keamanan yang adil dan berkekalan.

Sementara itu, menurut agensi berita saudi (SPA), mereka turut bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan semasa serantau dan antarabangsa serta usaha yang dilakukan untuk mencapai keselamatan dan kestabilan.

ROSLINA BINTI DIN