fb fb fb fb fb

Pusat pemulihan dadah terbakar, lebih 30 orang maut

Foto Fail

IRAN, 3 November- Seramai 32 orang maut apabila kebakaran besar melanda pusat pemulihan dadah di utara Iran pada awal Jumaat.

Timbalan Gabenor Utara Iran, Mohammad Jalai berkata insiden berlaku di pusat pemulihan dadah di Langarud.

"16 yang lain cedera dalam kebakaran itu, empat daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

"Kebakaran bermula pada waktu malam apabila alat pemanas terbakar dan api mula menyambar pada langsir.

"Ketika insiden pusat pemulihan itu sedang sesak dan mangsa yang tidak dapat menyelamatkan diri menyumbang kepada angka kematian yang tinggi," katanya.

Masalah penyalahgunaan dadah di negara tersebut semakin berleluasa.

Pihak berkuasa Iran telah melancarkan beberapa kempen untuk memerangi penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

Iran juga mengumumkan rampasan besar-besaran candu terutamanya dari Afghanistan, pengeluar utama bahan terlarang itu. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM