fb fb fb fb fb

Provokasi ketenteraan: Taiwan teruskan latihan, China henti namun mahu penyatuan

(Gambar dari udara menunjukkan kawasan perairan Pulau Dadengch
yang terletak hanya 3.2 km dari perairan China/AFP)

TAIPEI, 11 Ogos- Tentera Taiwan mengadakan satu lagi latihan tembakan peluru hidup menggunakan artileri selepas Beijing umum menamatkan latihan ketenteraan terbesarnya di sekitar pulau itu sebagai mengulangi ancaman untuk meletakkan Taiwan bawah kawalannya.

Beijing bertindak sedemikian selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi pada minggu lalu sedangkan sebelum itu, Washington dan Taiwan telah diberi peringatan agar membatalkan lawatan tersebut.

Taiwan menuduh bahawa China menggunakan alasan lawatan Pelosi sebagai langkah untuk memulakan latihan ketenteraan di sekitar Selat Taiwan, langkah yang dilihat telah memulakan pencerobohan.

Jurucakap Kor Tentera Kelapan Taiwan, Lou Woei-jye memberitahu AFP pasukannya telah melepaskan tembakan artileri dan suar ke sasaran sebagai sebahagian daripada latihan pertahanan pada pagi Khamis.

Latihan ketenteraan di daerah paling selatan Taiwan, Pingtung itu bermula pada pukul 8:30 pagi waktu tempatan (0030 GMT) dan berakhir kira-kira sejam kemudian, kata Woei-jye.

Penstrimen langsung menunjukkan artileri yang disusun di pantai dengan tentera bersenjata melepaskan howitzer (sejenis artileri) ke laut satu demi satu.

"Taiwan mengadakan latihan sama pada Selasa di Pingtung. Kedua-duanya siri latihan itu melibatkan ratusan tentera," kata jurucakap tentera.

Pihak tentera juga mengecilkan keperluan latihan tersebut berdasarkan jadual yang telah ditetapkan dan bukan sebagai tindak balas kepada provokasi perang oleh China.

"Kami mempunyai dua matlamat untuk latihan itu, pertama untuk menguji dan mengesahkan ketepatan artileri dan keadaan penyelenggaraan; yang kedua adalah untuk mengesahkan keputusan tahun lepas," kata Lou, merujuk kepada latihan tahunan.

Latihan terbaharu itu diadakan selepas China memaklumkan siri latihan mereka tamat pada Rabu, menyebut pasukan China "berjaya menyelesaikan pelbagai tugas" di Selat Taiwan dan berikrar untuk terus mengawal perairannya.

Namun dalam pengumuman sama, China menambah bahawa tenteranya akan "terus menjalankan latihan ketenteraan dan bersedia untuk berperang".

Dalam kertas putih yang diterbitkan pada Rabu, Pejabat Hal Ehwal Taiwan China berkata Beijing "akan mengambil segala langkah perlu termasuk penggunaan tentera.

"Kami bersedia untuk mewujudkan ruang yang luas untuk penyatuan semula secara aman, tetapi kami tidak akan meninggalkan ruang untuk sebarang aktiviti pemisahan dalam apa jua bentuk," merujuk laporan kertas putih itu. -AFP


(Sejenis pancang antipendaratan diletakkan di sepanjang pantai pulau kecil Lieyu,
Pulau Kinmen di Taiwan yang terletak hanya 3.2 km dari pantai
tanah besar China pada 10 Ogos 2022/AFP)

Media Baharu