SEOUL, 5 Disember- Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, telah menerima peletakan jawatan Menteri Pertahanan, Kim Yong-hyun, dan menamakan duta besar ke Arab Saudi, Choi Byung-hyuk, sebagai Menteri Pertahanan yang baharu.
Menurut pejabat presiden, Kim, yang menawarkan peletakan jawatannya semalam, dilihat sebagai individu penting dalam pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon pada Selasa.
Pelantikan itu merupakan langkah rasmi pertama oleh Yoon selepas beliau mengumumkan penarikan balik pengisytiharan undang-undang tentera.
Parlimen memperkenalkan usul itu semalam untuk memecatnya kerana gagal melaksanakan undang-undang tentera, namun partinya berikrar untuk menentang langkah itu, yang menyebabkan proses tersebut dipertikaikan.
Parti pembangkang utama, Parti Demokratik menyifatkan cubaan undang-undang tentera Yoon sebagai tindakan pengkhianatan, dan ahli parlimennya mungkin akan memimpin undian untuk rang undang-undang tersebut. - REUTERS
BERITA BERKAITAN:
- Kronologi 24 jam 'drama politik' Korea Selatan selepas isytihar darurat tentera
- Krisis Korea Selatan: Helikopter tentera berlegar sekitar bangunan Parlimen
- Rakyat Malaysia di Korea Selatan dinasihat daftar E-Konsular
- Ketegangan politik dorong penurunan Bursa Korea Selatan
- Pertumbuhan eksport Korea Selatan perlahan ke paras terendah
- Korea Selatan mansuh undang-undang tentera atas desakan Dewan Negara