fb fb fb fb fb

Latihan ketenteraan: Letupan ragut nyawa 12 askar di Vietnam

Askar dengan pakaian perlindungan mencari bahan letupan/Foto AFP

Hanoi, 5 Disember - Sekurang-kurangnya 12 askar Vietnam maut dalam insiden letupan tidak sengaja semasa latihan ketenteraan di selatan Vietnam, lapor media kerajaan hari ini.

Tragedi letupan itu berlaku pada malam Isnin di lapang sasar kententeraan Zon Ketenteraan Ke-7 di Dong Nai, sebuah hab Perindustrian di selatan Vietnam.

Menurut laporan akhbar tentera tempatan, pihak berkuasa percaya letupan itu berpunca daripada panahan petir yang mencetuskan detonator elektrik ketika kumpulan askar sedang mengangkut bahan letupan.

Laporan akhbar 7th Military Newspaper melaporkan, pihak berkuasa masih mencari beberapa mangsa yang hilang.

Difahamkan, insiden maut semasa latihan ketenteraan jarang berlaku di negara komunis itu.

Menurut akhbar kerajaan Nhan Dan, insiden berlaku sehari selepas Menteri Pertahanan Phan Van Giang menyampaikan ucapan bagi menandakan permulaan latihan tempur.

Kementerian Pertahanan telah mengarahkan siasatan segera ke atas kejadian tersebut. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN