fb fb fb fb fb

Krisis Korea Selatan: Yoon terus didesak letak jawatan

Foto REUTERS

SEOUL, 5 Disember- Penunjuk perasaan terus menggesa pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, di luar bangunan Parlimen, hari ini.

Mereka mendesak peletakan jawatan Yoon dan melaungkan slogan seperti "tangkap (Yoon Suk Yeol)" dan "turun (Yoon Suk Yeol)".

Yoon mengisytiharkan undang-undang tentera Selasa lalu, yang mencetuskan kemarahan penduduk negara itu.

Bagaimanapun, undang-undang tentera itu ditarik balik beberapa jam kemudian.

Gabungan Kesatuan Sekerja Korea (KCTU) melaporkan kira-kira 10,000 orang menyertai protes lilin semalam, mendesak Yoon meletakkan jawatan.

Parti pembangkang utama Korea Selatan, Parti Demokratik, merancang untuk mengundi usul pemecatan Yoon pada Sabtu, menurut laporan akhbar Chosun Ilbo. - REUTERS

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM