fb fb fb fb fb

Pertumbuhan eksport Korea Selatan perlahan ke paras terendah

Pelabuhan Pyeongtaek di Pyeongtaek, Korea Selatan/ REUTERS

SEOUL, 1 Disember- Pertumbuhan eksport Korea Selatan perlahan untuk bulan keempat berturut-turut pada November. Ia ke paras paling lemah dalam tempoh 14 bulan, disusuli ketidaktentuan tarif.

Eksport daripada ekonomi ke-4 terbesar di Asia itu meningkat 1.4 peratus pada November berbanding tahun sebelumnya, selepas mencatatkan keuntungan sebanyak 4.6 peratus pada Oktober iaitu $56.35 bilion.

Ia adalah eksport bulan ke-14 berturut-turut meningkat dari segi tahunan tetapi kadar paling perlahan untuk jujukan itu.

Bulan lalu, Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump berjanji untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico, ia juga dijangka menjejaskan firma Korea Selatan dan "tarif tambahan 10 peratus, melebihi sebarang tarif tambahan" ke atas China, rakan dagang terbesar Korea Selatan.

Penghantaran ke Amerika Syarikat jatuh 5.1 peratus, penurunan pertama sejak Julai 2023, manakala penghantaran ke China turun 0.6 peratus, selepas kenaikan lapan bulan berturut-turut. Manakala eksport ke Kesatuan Eropah (EU) meningkat 0.9 peratus.

Sementara itu jualan semikonduktor meningkat 30.8 peratus namun ia menunjukkan pertumbuhan paling lemah dalam tempoh 11 bulan, manakala jualan kereta jatuh 13.6 peratus. Ia menyaksikan kejatuhan terbesar sejak Jun 2020, disebabkan pembuat alat ganti kereta utama melakukan mogok dan kelewatan penghantaran berikutan cuaca buruk.

"Kerajaan akan bekerjasama dengan sektor swasta dan menggunakan semua sumber yang ada untuk mengeksport lebih satu dolar lagi menjelang akhir tahun," kata Menteri Perdagangan Korea Selatan Ahn Duk-geun.

Sektor import jatuh 2.4 peratus kepada $50.74 bilion, berbanding keuntungan sebanyak 1.7 peratus pada bulan sebelumnya dan 0.4 peratus yang dijangka oleh pakar ekonomi. Ia adalah penurunan pertama dalam tempoh lima bulan.

Bagaimanapun Korea Selatan mencatatkan lebihan dagangan sebanyak $5.61 bilion pada November berbanding Oktober.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI