fb fb fb fb fb

Krisis Korea Selatan: Helikopter tentera berlegar sekitar bangunan Parlimen

Foto AFP

SEOUL, 4 Disember- Helikopter tentera berlegar di sekitar bangunan Parlimen Korea Selatan malam tadi selepas Presiden Yoon Suk Yeol mengisytiharkan undang-undang tentera, namun menarik balik keputusan itu beberapa jam kemudian; mencetuskan krisis politik terbesar dalam beberapa dekad di ekonomi keempat terbesar di Asia itu.

Pengisytiharan mengejut oleh Yoon itu menimbulkan ketegangan dengan Parlimen yang menolak usahanya untuk melarang aktiviti politik dan menyekat kebebasan media.

Sebuah gabungan ahli Parlimen daripada parti pembangkang berkata mereka merancang untuk mengemukakan rang undang-undang bagi memaksa pemecatan Yoon hari ini, yang perlu diputuskan dalam tempoh 72 jam.

Yoon memberitahu negara dalam satu ucapan televisyen bahawa undang-undang tentera diperlukan untuk mempertahankan negara daripada ancaman Korea Utara yang memiliki senjata nuklear, serta untuk memastikan kelangsungan peraturan perlembagaan yang bebas.

Dalam beberapa jam, Parlimen Korea Selatan, dengan 190 daripada 300 ahli hadir, meluluskan usul yang meminta undang-undang tentera ditarik balik, termasuk 18 ahli dari parti Yoon yang turut hadir.

Presiden kemudian membatalkan pengisytiharan tersebut. - REUTERS

BERITA BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM