SEOUL, 4 Disember- Penunjuk perasaan daripada kumpulan kesatuan sekerja terbesar Korea Selatan berhimpun di Seoul hari ini, selepas Presiden Yoon Suk Yeol menarik balik pengisytiharan undang-undang tentera yang dibuat beberapa jam sebelum itu.
Penunjuk perasaan tersebut terdiri daripada ahli Gabungan Kesatuan Sekerja Korea (KCTU), yang turut mengumumkan mogok tanpa had sehingga Yoon meletak jawatan.
Dalam krisis politik terbesar Korea Selatan dalam beberapa dekad, Yoon mengejutkan negara dengan mengisytiharkan undang-undang tentera semalam bagi menghalang "kuasa antinegara" dalam kalangan lawan politik domestiknya.
Namun, ahli Parlimen yang berang telah menolak pengisytiharan tersebut secara sebulat suara, memaksa Yoon untuk menarik balik percubaannya melarang aktiviti politik dan menghalang kebebasan media. - REUTERS
BERITA BERKAITAN: