NEW YORK, 2 Januari — Zohran Mamdani mencipta sejarah sebagai Datuk Bandar Muslim pertama New York selepas mengangkat sumpah jawatan dengan meletakkan tangan di atas al-Quran.
Mamdani mengangkat sumpah sejurus detik Tahun Baharu di stesen ikonik bekas City Hall Subway.
Upacara sumpah jawatan itu disempurnakan oleh Peguam Negara New York, Letitia James.
Mamdani menyifatkan pelantikannya itu sebagai satu penghormatan besar serta simbol kepentingan pengangkutan awam dan warisan bandar New York City.
Mamdani, memenangi lebih 50 peratus undi, berkempen atas agenda reformasi sosial menyeluruh termasuk tambang bas percuma, penjagaan kanak-kanak mampu milik, kedai runcit kendalian bandar dan Wi-Fi sejagat.
Beliau turut dikenali sebagai pemimpin lantang membela Palestin, sebelum ini menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza serta menyifatkan Benjamin Netanyahu sebagai penjenayah perang.
Pelantikannya mencerminkan perubahan landskap politik New York, meskipun sebelum ini menerima kritikan keras daripada Donald Trump sepanjang kempen pilihan raya. - VIORY
