fb fb fb fb fb

Ketegangan politik dorong penurunan Bursa Korea Selatan

Foto Hiasan

SEOUL, 4 Disember- Bursa Saham Korea Selatan merosot sebanyak 2 peratus pada pembukaan dagangan hari ini sebelum mengehadkan kerugiannya dalam dagangan awal, susulan tindakan Presiden, Yoon Suk Yeol mengisytiharkan undang-undang tentera dan menarik semula lewat malam tadi.

Indeks Komposit Kospi jatuh kepada 2,450.76 mata pada awal dagangan, sementara saham syarikat terbesar negara, Samsung Electronics, menyusut 3 peratus sebelum mengurangkan kerugian kepada 1.12 peratus selepas setengah jam.

Won Korea turut menyusut nilai sebanyak 2.5 peratus berbanding dolar Amerika pada waktu malam kepada 1,444.09 won bagi setiap dolar, paras terendah dalam tempoh dua tahun.

Bagaimanapun, mata wang tersebut kembali mengukuh pada permulaan dagangan Asia, menandakan sedikit pemulihan.

Di Tokyo, dagangan saham bermula dengan berhati-hati apabila Indeks Nikkei 225 mencatatkan penurunan sebanyak 0.11 peratus kepada 39,205.45 mata pada pembukaan dagangan. - AFP

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM