fb fb fb fb fb

PM Sepanyol, Belgium kutuk serangan Israel

Foto AFP

MADRID, 26 November- Pembunuhan orang awam yang tidak bersalah di Palestin sama sekali tidak boleh diterima, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo berkata beliau tetap mempertahankan komen yang dibuatnya mengenai serangan Israel di Gaza yang menimbulkan kemarahan Israel.

"Saya mengutuk serangan berkenaan dan ia adalah soal perikemanusiaan", kata Sanchez kepada pemberita di sini.

Kedua-dua pemimpin berkenaaan turut menggesa gencatan senjata di wilayah yang dilanda perang.

Perdana menteri Belgium juga mengecam kemusnahan di Gaza itu.

"Perkara berkenaan tidak boleh diterima," katanya.

Sementara itu, Kementerian luar Israel dikatakan telah memanggil duta Sepanyol dan Belgium untuk "teguran keras" berhubung komen pemimpin kedua-dua negara tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan:
Hampir 15,000 rakyat Palestin terkorban
Sebanyak 61 trak telah menghantar bantuan di utara Gaza - PBB

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM