fb fb fb fb fb

Hampir 15,000 rakyat Palestin terkorban

Foto AFP

NABLUS, 26 November- Hampir 15,000 rakyat Palestin terkorban akibat serangan Israel sejak 7 Oktober lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, mereka yang terkorban membabitkan orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita.

"Terbaharu, rejim zionis terus bertindak kejam membunuh sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin di Tebing Barat.

"Kesemua mereka terbunuh dalam masa 24 jam.

"Sehingga kini, lebih 230 rakyat Palestin telah dibunuh rejim zionis di Tebing Barat," kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Dalam pada itu, lima orang maut akibat tembakan tentera Israel di Jenin semasa pencerobohan besar-besaran kenderaan berperisai ke bandar itu.

Sumber perubatan memberitahu AFP bahawa 15 orang cedera dalam insiden tersebut, manakala saksi melaporkan bahawa dron Israel telah melakukan serangan udara ke atas kem pelarian Jenin.

Saksi lain berkata tentera Israel telah mengepung hospital awam Jenin dan klinik Ibn Sina.

Ambulans turut digeledah tentera zionis.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM