DOHA, 27 November- Seramai 39 rakyat Palestin yang ditahan oleh Israel akan dibebaskan dari penjara pada hari ketiga pertukaran tahanan-tebusan, kata jurucakap Kementerian Luar Qatar.
Qatar, dengan sokongan Amerika Syarikat dan Mesir, terlibat dalam rundingan tegang yang berlangsung selama berminggu-minggu untuk memastikan gencatan senjata selama empat hari antara Israel dan pejuang Hamas.
Genjatan senjata bermula Jumaat lalu di Gaza selepas hampir tujuh minggu perang yang menyebabkan ribuan orang terkorban.
Sebagai sebahagian daripada komitmen yang dipersetujui, "39 orang awam Palestin akan dibebaskan hari ini sebagai pertukaran untuk pembebasan 13 tahanan Israel dari Gaza, sebagai tambahan kepada seorang tahanan yang memegang kewarganegaraan Rusia dan tiga warga Thailand," kata Majed Al-Ansari dalam catatan di X,
Tentera Israel secara berasingan berkata 13 daripada tebusan yang dibebaskan telah kembali ke wilayah Israel, dan empat lagi dalam perjalanan ke Mesir.
Dalam tempoh gencatan senjata selama empat hari itu, seramai 50 tebusan awam dijangka dibebaskan oleh Hamas.
Sebagai pertukaran, 150 tahanan Palestin akan dibebaskan, dan bantuan kemanusiaan telah memasuki Gaza.
Semalam gencatan senjata telah menyaksikan 26 tebusan Israel dibebaskan oleh Hamas sebagai pertukaran untuk 78 tahanan Palestin yang ditahan di penjara Israel.
Hasil rundingan selari yang diketuai oleh Qatar, 14 rakyat Thailand dan seorang Filipina turut dibebaskan oleh pejuang Hamas- AFP